Rawatan Alternatif Metafizik Jarak Jauh



Dalam dunia perawatan, terdapat dua kategori utama iaitu rawatan fizikal dan rawatan ghaib (bukan fizikal). Rawatan fizikal merangkumi kaedah seperti rawatan di hospital atau klinik, homeopati, urutan, bekam, dan sebagainya. Memandangkan rawatan ini melibatkan sentuhan dan interaksi secara langsung, maka pesakit adalah wajib untuk hadir bertemu dengan perawat atau doktor bagi mendapatkan kesembuhan yang diusahakan melalui pendekatan secara fizikal tersebut.

Dalam bidang perawatan ghaib atau metafizik pula, pendekatannya amat jauh berbeza. Rawatan tersebut tidak semestinya memerlukan kehadiran fizikal pesakit, sebaliknya boleh sahaja dilakukan secara jarak jauh. Antara contoh perawatan ghaib termasuklah rawatan berkaitan gangguan jin, sihir, penyakit misteri, dan pelbagai lagi keadaan yang sukar untuk dijelaskan secara logik sains. Namun, rawatan jarak jauh ini hanya mampu dilakukan oleh perawat yang benar-benar memiliki ilmu dan penguasaan khusus dalam bidang ini dan golongan ini amatlah terhad sekali bilangannya di seluruh dunia ini.

JENIS-JENIS RAWATAN JARAK JAUH

Rawatan jarak jauh dalam bidang ghaib dan metafizik boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama seperti berikut:

1. Rawatan melalui panggilan video:
Rawatan ini dilakukan dengan cara membuat panggilan video kepada pesakit, di mana perawat akan membacakan doa atau ruqyah syariah secara langsung melalui panggilan tersebut. Kaedah ini dianggap patuh syariah kerana tidak melibatkan unsur khurafat atau penggunaan makhluk halus,

2. Rawatan berasaskan falsafah metafizik dan teori kuantum:
Kaedah ini mengguna pakai aplikasi falsafah metafizik, teori quantum ontology, dan konsep quantum entanglement dalam proses rawatan. Ia dianggap sebagai pendekatan semula jadi (natural) selagi mana tidak melibatkan mantera-mantera ganjil, unsur ilmu hitam, atau penggunaan jin/khadam,

3. Rawatan menggunakan khidmat jin/khadam:
Dalam kategori ini, rawatan dijalankan dengan menghantar jin/khadam ke lokasi pesakit bagi tujuan penyembuhan secara jarak jauh. Kaedah ini sering menjadi kontroversi kerana ia melibatkan entiti halus bernyawa yang boleh membawa risiko dari sudut akidah dan keselamatan spiritual pesakit.

Setiap kategori ini memiliki asas, batasan dan pandangan yang berbeza bergantung kepada latar belakang keilmuan serta pegangan perawat dan pesakit.

Rawatan jarak jauh yang diamalkan oleh Naluri Metafizik™ Centre adalah berteraskan kaedah yang kedua, iaitu menggunakan falsafah metafizik, teori quantum ontology dan konsep quantum entanglement. Pendekatan ini adalah bersifat natural dan bersistem dari sudut metafizik moden, tanpa melibatkan unsur mantera ganjil, ilmu hitam, atau penggunaan jin/khadam.

Sebagai pusat rawatan yang dimiliki oleh orang Islam, para perawat di Naluri Metafizik™ Centre turut membacakan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa terpilih semasa proses rawatan jarak jauh dijalankan. Gabungan antara pendekatan metafizik dan elemen spiritual Islam ini menjadikan kaedah rawatan yang diaplikasikan bukan sahaja selamat, bahkan menyentuh ke dasar jiwa dan selaras dengan prinsip penyembuhan holistik zahir dan batin.

Beginilah jumlah Whatsapp yang masuk apabila pihak Naluri Metafizik™ Centre mengumumkan bahawa slot rawatan jarak jauh telah pun dibuka. Oleh kerana Whatsapp yang masuk terlalulah banyak, pihak kami tidaklah berjanji untuk dapat membalas Whatsapp itu dengan pantas, kadang-kadang tertangguh sehingga beberapa hari.


KEBERKESANAN RAWATAN JARAK JAUH

Keberkesanan rawatan jarak jauh yang dijalankan oleh Naluri Metafizik™ Centre adalah hampir setanding dengan rawatan secara hadir diri/bersemuka. Hal ini adalah kerana, kaedah yang diguna pakai tetap menyasarkan gelombang tenaga serta medan metafizik pesakit, tanpa bergantung kepada kehadiran secara fizikal semata-mata. Kebanyakan pesakit yang memilih untuk hadir ke Naluri Metafizik™ Centre secara fizikal sebenarnya lebih cenderung untuk mendapatkan sesi konsultansi bersemuka, bukan kerana rawatan jarak jauh kurang berkesan, tetapi atas dasar keinginan untuk berinteraksi secara langsung dan mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam secara peribadi.
 
Berdasarkan testimoni daripada para pesakit yang telah menjalani rawatan jarak jauh, majoritinya melaporkan kesembuhan yang sangat positif, alhamdulillah. Kaedah ini bukan sahaja berkesan, malah amat memudahkan kerana pesakit tidak perlu hadir secara fizikal ke Naluri Metafizik™ Centre. Ia menjimatkan masa, tenaga, dan kos seperti pengangkutan serta perbelanjaan sampingan lain. Pendekatan ini mampu memberikan solusi rawatan yang fleksibel dan efisien, terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh atau mempunyai kekangan masa.

Testimoni: Klik

Anwar Suran yang sentiasa sibuk dalam membalas kesemua whatsapp pesakit yang meminta bantuan cekkan gangguan dan juga mendapatkan rawatan secara jarak jauh.

RAWATAN JARAK JAUH YANG BOLEH DIIKHTIARKAN

Kadang-kadang ramai terasa pelik kenapa perniagaan yang telah dijalankan seolah-olah banyak terhalang (rezeki sempit) walaupun telah berusaha dengan sedaya upaya. Ada juga yang jodoh tidak sampai-sampai iaitu kerap ditinggalkan oleh pasangan tanpa sebab, ada yang mengalami masalah kesukaran zuriat, ada yang terlalu panas baran dan sebagainya.

Andai kata perkara di atas berlaku secara berterusan dengan penuh misteri dan tanda tanya, kemungkinan besar terdapat 'entiti' ghaib yang sedang mengganggu selama ini! Gangguan ghaib bukanlah sekadar terbatas berkaitan sihir atau gangguan jin semata-mata, tetapi ia boleh melibatkan pelbagai bentuk halangan energi negatif yang mempengaruhi fizikal, emosi, mental, dan spiritual seseorang. Contohnya, aliran energi yang tersumbat (blockage) boleh menjadi punca gangguan tersebut. Antara contoh-contoh impak negatif gangguan ghaib yang lain termasuklah:

  • Masalah dalam pelajaran atau pekerjaan yang berlarutan tanpa sebab yang jelas,
  • Sukar untuk beribadah walaupun hati ingin melakukannya,
  • Kerap mengalami mimpi seram, mimpi ancaman, atau mimpi yang mengganggu emosi,
  • Nasib yang terasa terlalu malang atau 'sial' berulang kali dalam pelbagai aspek kehidupan,
  • Kerap terdengar bisikan negatif di dalam hati yang melemahkan semangat,
  • Mengalami penyakit misteri yang sukar didiagnosis oleh doktor walaupun telah membuat pemeriksaan berkali-kali,
  • Sering berasa resah, gelisah atau tidak tenteram tanpa sebab munasabah.

Jika tanda-tanda seperti ini mula muncul dalam hidup tuan/puan atau ahli keluarga, usah biarkan ia berlarutan. Ikhtiar secara rawatan alternatif metafizik dan spiritual mungkin dapat membantu merungkai punca sebenar dan memulihkan keseimbangan yang telah terganggu.

BAGAIMANAKAH PROSES MENDAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH?

Untuk mendapatkan rawatan jarak jauh mudah sahaja, pesakit hanya perlu whatsapp sahaja pada nombor ini, klik: 0176262920 atau https://nalurimetafizik.wasap.my dan kemudian sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1:
Setelah pesakit menghantar whatsapp kepada pihak kami, pesakit akan menerima mesej maklum balas secara automatik. Pesakit dikehendaki melengkapkan butiran penting yang diminta bagi tujuan proses pemeriksaan gangguan ghaib terlebih dahulu,

Langkah 2:
Selepas beberapa tempoh atau hari, pihak kami akan memaklumkan keputusan pemeriksaan gangguan ghaib. Jika pesakit disahkan memiliki gangguan ghaib, pesakit boleh membuat keputusan sama ada ingin meneruskan rawatan atau tidak. Jika memerlukan rawatan, pesakit hendaklah memaklumkan kepada pihak kami,

Langkah 3:
Setelah pesakit bersetuju untuk meneruskan rawatan, proses rawatan akan dijalankan mengikut giliran. Kepantasan setiap sesi rawatan bergantung kepada jumlah pesakit pada ketika itu. Jika bilangan pesakit ramai, kemungkinan besar ia akan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke giliran tersebut.

Langkah 4:
Setelah sesi rawatan jarak jauh selesai, pesakit akan menerima mesej maklum balas segera bahawa dirinya telah dirawati oleh pihak kami. Pesakit juga akan dibekalkan dengan akad serta nota metafizik dan spiritual sebagai panduan kesembuhan secara jangka masa panjang.

Ini adalah maklumat penuh tatacara cek gangguan pada diri, klik: Panduan Cek Gangguan

Pesakit tidak perlu menyediakan sebarang media atau barang khusus semasa sesi rawatan jarak jauh dijalankan. Segala proses rawatan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak kami secara profesional, tanpa membebankan pesakit dalam apa jua bentuk. Pesakit boleh meneruskan rutin harian seperti biasa sama ada sedang bekerja, berehat di rumah, atau menjalankan aktiviti harian kerana rawatan ini dijalankan di sebalik tabir secara tenang dan tersusun, demi memastikan keselesaan dan kemudahan maksimum kepada setiap pesakit yang dirawat.

BERAPAKAH KADAR MAHAR YANG DIKENAKAN?

Kadar mahar cek gangguan adalah sebanyak RM10 bagi dua orang, RM20 bagi ahli keluarga (tidak termasuk saudara mara atau sepupu-sepapat), dan RM10 bagi sebuah kediaman/premis yang bersaiz sederhana.

Kadar mahar rawatan jarak jauh pula adalah RM150 bagi individu.




Share:
Visit My URL

Kod QR Pembayaran Naluri Metafizik™

Sebarang Pertanyaan, Nyatakan Di Sini













Jumlah Pengunjung Naluri Metafizik™