Tahukah tuan/puan bahawa gangguan jin dan sihir pada diri boleh mengakibatkan masalah besar dalam kehidupan seseorang, baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang? Keadaan ini menjadi lebih menakutkan apabila seseorang itu tidak mempercayai kewujudan gangguan ghaib tersebut dan hanya sedar apabila masalah sudah menjadi kronik dan sukar diatasi. Oleh itu, kesedaran awal dan tindakan segera amatlah penting untuk mencegah kesan buruk yang lebih serius.
Jika kita mengalami penyakit fizikal, kita boleh mencari doktor perubatan konvensional bagi merawati penyakit tersebut tetapi tidak bagi penyakit rohani atau gangguan ghaib, ia memerlukan rawatan secara alternatif. Di bawah ini adalah contoh-contoh kesan mudarat dari gangguan-gangguan ghaib terhadap kehidupan seseorang manusia:
- Masalah terhadap pelajaran/pekerjaan,
- Dibenci orang tanpa sebab yang munasabah,
- Urusan rezeki kerap terhalang,
- Mudah mendapat penyakit,
- Emosi kerap tidak stabil, sensitif/baran,
- Kemurungan/depression, anxiety,
- Amat sukar jodoh (asyik berpisah),
- Kerap mendapat mimpi seram/ngeri,
- Haid yang tidak teratur,
- Masalah rumah tangga, panas dengan pasangan,
- Masalah zuriat walaupun doktor mengesahkan subur,
- Selalu terlihat lintasan kelibat hitam,
- Tiada seri wajah, nampak kusam dll.
Jika tuan/puan merasakan diri mengalami gejala-gejala seperti yang tertera di atas, adalah disarankan untuk segera menghubungi pihak kami supaya kami dapat memeriksa sama ada ianya melibatkan gangguan ghaib atau tidak. Sekiranya terdapat keterlibatan gangguan ghaib seperti gangguan jin dan sihir, tuan/puan digalakkan untuk membuat sesi temujanji di Naluri Metafizik™ Centre yang berpusat di Bukit Mertajam, Penang bagi mendapatkan konsultansi dan rawatan lanjut. Bagi mereka yang menghadapi cabaran untuk hadir ke Naluri Metafizik™ Centre, tiada masalah kerana rawatan juga boleh dilakukan secara jarak jauh dengan keberkesanan yang terjamin.
MEKANISMA GANGGUAN GHAIB, JIN DAN SIHIR
Seperti yang tuan/puan maklum, pandangan mata manusia hanya mampu menyerap gelombang dalam skala human visible light spectrum, iaitu antara 400 nanometer hingga 700 nanometer sahaja. Ini bermakna, terdapat banyak lagi kehidupan dan makhluk yang wujud di luar skala human visible light spectrum tersebut, seperti yang dapat dirujuk dalam gambar rajah di bawah:
Jin dan malaikat keduanya berada di luar skala human visible light spectrum, di mana jin dikaitkan dengan gelombang infrared (radiasi berkaitan api), manakala malaikat dipercayai berada di bahagian ultraviolet (cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia). Selain itu, telinga manusia juga hanya mampu menangkap bunyi dalam skala human hearing range, iaitu antara 20 Hz hingga 20 kHz sahaja. Oleh itu, terdapat pelbagai bunyi-bunyian lain di alam sekitar yang berada di luar jangkauan pendengaran manusia biasa.
Oleh kerana mata kasar manusia tidak mampu melihat jin kerana ia berada di luar human visible light spectrum, inilah punca utama mengapa ramai manusia tidak menyedari bahawa diri mereka sebenarnya mengalami gangguan jin atau sihir pada selama ini. Sebagai perumpamaan, kita boleh merasai angin, tetapi kita tidak mampu melihatnya dengan mata kasar.
ROH KITA SEBAGAI 'EJEN' PENGESAN GANGGUAN GHAIB
Seperti yang tuan/puan ketahui, roh kita merupakan satu entiti yang berada di luar human visible light spectrum dan juga human hearing range. Walaupun mata kasar dan telinga kita tidak mampu mengesan kehadiran jin atau keberadaan sihir, roh kita memiliki kemampuan yang tinggi untuk mengesannya kerana roh adalah jauh lebih halus berbanding jin itu sendiri.
Apabila jin mengganggu manusia, maka roh secara automatik akan dapat mengesan gangguan tersebut dan memberikan ‘signal’ kepada tubuh/jasad melalui pelbagai cara seperti meremangkan bulu roma, menyebabkan jantung berdebar-debar kencang, menghasilkan rasa ‘seram sejuk’ di perut, serta mencetuskan pelbagai mimpi ngeri dan banyak lagi signal penting yang lain. Usah sesekali mengabaikan signal-signal ini kerana ia adalah petanda awal gangguan ghaib yang serius.
KENAPA JIN MENGGANGGU MANUSIA?
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan jin-jin gemar mengganggu manusia, dan antara sebab paling popular adalah kerana jin tersebut malas bekerja lalu bertindak sebagai parasit kepada manusia. Bagaimanakah keadaan ini berlaku?
Seperti yang tuan/puan ketahui, jin juga sama seperti manusia, iaitu perlu mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Jin semestinya perlu keluar, bergerak, atau bekerja untuk mencari sumber energi (tenaga), seperti ‘memakan’ leraian energi daripada najis-najis, tulang-belulang haiwan yang telah kering, dan pelbagai lagi. Namun, bagi jin yang berperangai keji, ia akan mengambil jalan pintas dengan menempel pada tubuh manusia lalu menyerap tenaga rohani manusia tersebut selama yang mungkin, menyebabkan manusia itu menderita secara perlahan-lahan.
![]() |
Anwar Suran yang sedang merawati pesakit wanita yang diganggu oleh jin harimau yang berada di dalam tubuhnya. |
Terdapat juga kes di mana jin itu telah jatuh cinta terhadap manusia di atas sebab-sebab yang tertentu serta kes lain di mana jin itu dihantar oleh seseorang dengan tujuan mengganggu kehidupan mangsa atau targetnya. Untuk pengetahuan tuan/puan, jin dan sihir adalah berbeza, jin merupakan makhluk hidup manakala sihir adalah sejenis energi yang diprogramkan secara getaran. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh didapati dalam artikel-artikel lain di website ini.
CARA MENDAPATKAN RAWATAN HADIR DIRI KE NALURI METAFIZIK™ CENTRE
Jikalau tuan/puan mengesyaki atau merasakan diri mengalami gangguan ghaib seperti yang telah diterangkan, sila hubungi pihak Naluri Metafizik™ Centre agar kami dapat memeriksa terlebih dahulu sama ada benar-benar wujud keterlibatan gangguan ghaib atau sebaliknya.
Whatsapp di nombor ini, klik: 0176262920 atau https://nalurimetafizik.wasap.my dan kemudian sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1:
Setelah pesakit menghubungi pihak kami melalui whatsapp, para pesakit akan menerima mesej maklum balas secara automatik dan pesakit diwajibkan untuk melengkapkan butiran-butiran yang diperlukan bagi membolehkan kami menjalankan proses cek gangguan ghaibnya dahulu.
Langkah 2:
Selepas beberapa tempoh atau hari, pihak kami akan memaklumkan keputusan pemeriksaan gangguan ghaib tersebut. Sekiranya pesakit disahkan mempunyai gangguan ghaib, pesakit boleh membuat keputusan sama ada ingin meneruskan rawatan atau tidak. Jika memerlukan rawatan, pesakit diminta untuk memberitahu pihak kami bagi langkah yang seterusnya.
Langkah 3:
Setelah pesakit telah benar-benar bersetuju untuk meneruskan rawatan, maka pesakit perlu membuat temujanji dahulu dan pihak kami akan memberikan senarai tarikh yang slotnya masih kosong untuk dipilih oleh pesakit.
Ini adalah maklumat penuh tatacara cek gangguan pada diri, klik: Panduan Cek Gangguan
Pesakit tidak perlu membawa sebarang media atau barang semasa hadir ke Naluri Metafizik™ Centre. Usah risau, kami akan membantu memudahkan proses sebaik mungkin demi keselesaan dan kemudahan para pesakit kami.
RAWATAN DI NALURI METAFIZIK™ CENTRE
Naluri Metafizik™ Centre menerima semua pesakit tanpa mengira bangsa, agama, atau negara. Rawatan yang diberikan adalah bersifat universal dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja. Selain itu, rawatan kami juga tidak melibatkan sebarang sentuhan, selagi mana keadaan itu memungkinkan, demi memastikan keselesaan dan keselamatan semua pihak.
Apakah yang pihak kami mampu bantu? Kami akan membantu para pesakit untuk merawati dan menangani gangguan ghaib seperti jin pengkhianat, jin saka, jin Asyik, sihir ilmu hitam, pasak-pasak jin, masalah energi rohani, serta isu minda bawah sedar. Adakah kami juga boleh membantu merawati masalah mental seperti kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan lain-lain? Kami akan membantu semampu yang boleh, terutamanya jika masalah mental tersebut berpunca daripada gangguan ghaib.
![]() |
Anwar Suran yang sudah selesai merawati tiga orang pesakit yang datangnya jauh dari Gombak dan Shah Alam kerana mengalami gangguan ghaib |
Kami akan merawati para pesakit sehingga tubuh rohani (subtle body) benar-benar bersih menggunakan kaedah falsafah metafizik, teori quantum ontology, dan entanglement. Dengan keizinan Yang Maha Kuasa, segala gangguan jin, sihir, dan seumpamanya yang dialami oleh para pesakit akan lenyap atau berkurang dengan signifikan. Semua masalah energi akan dirawati sebersih mungkin, dan pasak-pasak jin yang ada pada tubuh pesakit akan ditanggalkan serta dimusnahkan 100%. Kami tidak berjanji, tetapi pasti dalam memberikan kesan rawatan yang terbaik.
Biasanya, sesi konsultansi dan rawatan akan mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam atau lebih, bergantung kepada kadar keseriusan gangguan yang dihadapi oleh pesakit. Sesetengah pesakit memerlukan kaedah hipnoterapi, manakala yang lain pula perlu menjalani pemrograman minda bawah sedar dan teknik-teknik khusus yang lain untuk keberkesanan rawatan.
Berdasarkan testimoni dari para pesakit sebelum ini, kebanyakan daripada mereka akan merasai kesan positif secara serta-merta selepas sesi rawatan selesai, iaitu:
- Tubuh terasa ringan,
- Jiwa terasa lapang,
- Seri wajah kembali terang,
- Dan banyak lagi kesan positif lain yang dirasai oleh para pesakit selepas sesi rawatan.
Perlu diingat bahawa setiap pesakit akan mengalami sensasi rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada kepekaan tubuh mereka terhadap energi. Semakin peka tubuh terhadap energi, semakin kuat dan jelas sensasi yang akan dirasai semasa dan selepas sesi rawatan. Setiap pesakit mempunyai mekanisma spiritual dan fizikal yang unik, namun yang paling penting adalah kesembuhan yang dicapai.
Di Naluri Metafizik™ Centre, kami tidak menggunakan kaedah kerasukan mahupun ‘menurun’ yang dalam istilah psikik dikenali sebagai mediumship atau channeling, iaitu proses memasukkan jin ke dalam tubuh pesakit atau menjadi mediator untuk berkomunikasi dengan jin. Usah dirisau kerana Naluri Metafizik™ Centre tidak menggunakan kaedah sedemikian, kerana setiap perawat memiliki kaedah tersendiri. Pesakit bebas membuat pilihan rawatan yang paling sesuai dan berkenan di hati tanpa sebarang paksaan.
KEMUDAHAN DAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI NALURI METAFIZIK™ CENTRE
KEMUDAHAN DAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI NALURI METAFIZIK™ CENTRE
Naluri Metafizik™ Centre sangat menitikberatkan aspek keselesaan para pesakit yang hadir ke sini. Para pesakit akan menikmati pelbagai kemudahan dan kelebihan, antaranya:
- Wifi percuma,
- Lokasi yang indah/tenang kerana berdekatan Pantai,
- Susunan perabot dan pencahayaan yang baik,
- Ruang parkir kereta yang banyak,
- Bakal memasang aircond 2.5HP,
- Ruang pesakit yang sangat selesa,
- Berdekatan dengan surau,
- Port charger untuk smartphone,
- Meja dan kerusi untuk peneman menunggu,
- Buku-buku untuk dibaca,
- Android TV,
- Ruangan merokok diluar.
Pihak kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan layanan terbaik dan mesra kepada semua pesakit yang hadir ke sini. Sekali lagi diingatkan bahawa sesi rawatan adalah secara temujanji sahaja, dan kami tidak mengambil terlalu ramai pesakit pada setiap hari bagi memastikan kualiti rawatan yang optimum.
BERAPAKAH KADAR MAHAR YANG DIKENAKAN?
Kadar mahar cek gangguan adalah sebanyak RM10 bagi dua orang, RM20 bagi ahli keluarga (tidak termasuk saudara mara atau sepupu-sepapat), dan RM10 bagi sebuah kediaman/premis yang bersaiz sederhana.
Kadar mahar rawatan hadir diri pula adalah sebanyak RM200 per individu dan RM500 jika pesakit memerlukan rawatan bertahap VVIP (rawatan ini terhad dan tidak wajib).
